GOUT KINI MERUPAKAN SATU PENYAKIT YANG SEMAKIN BANYAK MENYERANG RAKYAT
MALAYSIA. DIKALANGAN RAKAN SEKERJA PENYAKIT INI SUDAH MENULAR DENGAN RANCAK DAN
PALING RAMAI YANG MENGHIDAPINYA IALAH KALANGAN LELAKI BERUSIA LEBIH 40AN. NAMUN
ADA ANTARA KES GOUT JUGA MENYERANG LELAKI BERUSIA AWAL 30AN.
MENURUT NIH (NATIONAL
INSTITUTES OF HEALTH IN AMERICA), GOUT TELAH MENYERANG KIRA-KIRA 2.1 JUTA
PENDUDUK DI AMERIKA DAN KERAP DI HADAPI OLEH LELAKI BERUSIA ANTARA 40 – 50. IA
JARANG BERLAKU PADA KANAK-KANAK-KANAK DAN REMAJA.
APA SEBENARNYA
PENYAKIT GOUT?
GOUT IALAH SATU PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN OLEH PENINGKATAN ASID
URIK DI DALAM DARAH. APABILA TAHAP ASID URIK DALAM DARAH INI TERUS MENINGKAT,
SEBAHAGIAN ASID URIK INI AKAN MEMBENTUK “KRISTAL ASID URIK” PADA BAHAGIAN
SENDI-SENDI DAN INI AKAN MENYEBABKAN SENDI INI MENGALAMI SAKIT, SUKAR DI
BERGERAK, PEMBENGKAKAN DAN INFLAMASI. GOUT SELALUNYA MENYERANG SENDI PADA IBU
JARI KAKI SEPERTI GAMBAR.
Asid urik adalah satu
bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam
hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi
kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan
sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam
bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari
makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat
remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7
mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati
apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl,
kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam
darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk.
Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu
bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi
dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney
stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney
failure).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh
sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis.
Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat
dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat
dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah
dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer),
mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol
(Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan
asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik.
Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan
kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot.
Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar
memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat
jenis ini langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang
diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat
keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas
pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya
ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout.
Ini
kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan
kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan
lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor
kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan
pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka
pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan
saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh
sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin
rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari
tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan
ubat bengkak dalam menangani gout.
Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini
menurut kaedah tradisional dan bagaimana dengan hanya mengambil herba ajaib
rhizoplus azzahra dapat menyembuhkan sakit gout tanpa mengganggu stem buah
pinggang malah meningkatkan tahap kesihatan semua insyaAllah.
No comments:
Post a Comment